Sejarah

Kursus Penjaga Jentera Elektrik di Sungai Petani telah ditubuhkan pada Bulan Januari 2000 dan mula membuat pengambilan pertama pada bulan Julai 2000. Seramai 16 orang pelajar telah diambil pada sesi tersebut. Pada ketika tersebut, kursus ini dijalankan pada tapak asrama lelaki berhampiran dengan Cafeteria.

Kursus ini secara amnya telah mengalami beberapa perubahan modul bagi disesuaikan dengan peredaran dan permintaan dari pihak luar. Pada awalnya, kursus ini dijalankan selama 6 semester dimana para pelajar dikehendaki untuk menjalani 3 kali Latihan Industri iaitu pada semester 3, 4 dan sebahagian didalam semester 5 dan 6. Namun kini, Latihan Industri hanya dijalankan pada semester 3 dan 5 dan pada semester 4, para pelajar didedahkan sepenuhnya dengan silibus berkaitan dengan Penjaga Jentera.

Pada 14 Jun 2001, IKM Sungai Petani telah dianugerahkan sebagai Pusat Pentauliahan oleh Suruhanjaya Tenaga yang dikenali sebagai Jabatan Bekalan Elektrik pada ketika tersebut untuk menjalankan kursus sepenuh masa.

Pada sesi Januari 2003, Kursus Penjaga Jentera Elektrik telah dinaiktaraf setelah di iktiraf oleh pihak JPA kepada Sijil Kejuruteraan Elektrik Kuasa (Penjaga Jentera), dimana keluaran kursus ini bermula dari pengambilan tahun tersebut di iktiraf setaraf dengan Sijil Kejuruteraan yang dikeluarkan oleh Institusi Pengajian Awam yang lain.

Pada sesi Januari 2005, kursus ini telah membuat pengambilan pelatih secara dwi sesi sesuai dengan saranan kerajaan pada masa tersebut iaitu untuk menambahkan jumlah tenaga kerja mahir pada pasaran semasa. Pada bulan Julai 2005, kursus ini telah berpindah kebangunannya sendiri. Dengan adanya bangunan baru, kursus ini dapat dijalankan dengan lebih mantap dan selesa sesuai dengan jumlah pengambilan pelajar yang telah diambil.

Pada bulan Disember 2008, kursus ini telah mendapat pentauliahan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk menjalankan kursus separuh masa bagi Penjaga Jentera Elektrik A1.

Sehingga kini ( Januari 2010), IKM Sungai Petani telah mengeluarkan seramai 310 orang Penjaga Jentera Elektrik A1. Sebahagian dari mereka juga telah berjaya dalam bidang perkerjaan termasuk menceburkan diri didalam bidang perniagaan.

Sepanjang tempoh kursus ini berjalan, ianya telah ditunjangi oleh 4 orang ketua yang berkaliber bermula daripada En. Mahzan B Teh iaitu bermula dari Januari 2000 sehingga Julai 2003. Seterusnya, tempat beliau telah diambil alih oleh En. Mohd Yusoff B Md Saad sehingga Disember 2004. Pada Januari 2005, tugas tersebut disandang pula oleh Tn. Hj. Othman B Mohindo sehingga Jun 2006. Bermula daripada bulan Julai 2006 sehingga Jun 2010, tampok ketua telah di junjung oleh En. Abd Aziz B Dollah.  Bermula dari Januari 2011 hingga kini, tugas tersebut telah disandang oleh Mohd Nasir B Osman.

Bermula dari sesi Januari 2012, pihak IKM kini sedang memohon bagi pengikirafan MQA bagi menjamin kedudukan lepasan pelajar yang bakal dikeluarkan.