Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik

G236A6Bp2 P1

2hb Jun maka bermulalah detik penentuan bagi para pelajar semester akhir Jabatan Elektrik diseluruh semenanjung.


Tidak terlepas jua bagi pelajar Program SEP IKM Sungai Petani. Pada hari ini mereka mula menduduki peperiksaan amali akhir selama dua hari dan disusuli pula dengan Ujian Lisan Suruhanjaya Tenaga bagi mengesahkan adakah mereka layak keluar sebagai seorang Penjaga Jentera ataupun tidak.

Panel peperiksaan bagi semester ini terdiri daripada En Roslan dari IKM beseri, En Rahman dari IKM Sik, Pn Mazliya dari IKM Jasin serta En Helmi dari IKM Kota Kinabalu. Manakala bagi pihak SEP IKM SP pula diwakili oleh En Mohd Zaki dan juga En Suhaimi.

Kepada semua calon, selamat menjawab peperiksaan. Semoga anda semua bakal memperolehi apa yang anda impikan selama ini. In Sya Allah berkat usaha anda semua. Walau apa pun yang berlaku, jangan mudah tertewas. Teruskan perjuangan anda kerana sesungguhnya, perjuangan anda masih belum tiba di penghujungnya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s