Selamat Hari Guru

Walaupon kita di MARA, di istilahkan sebagai pendidik, namun kita jua masih juga seorang dari guru yang melatih serta mengajar anak bangsa supaya menjadi seorang yang berjaya apabila tamat pengajian mereka kelak di bumi IKM.

Seperti yang kita ketahui, kebanyakan anak didik kita adalah dari golongan orang yang kurang berjaya jika dibandingkan dengan lain lain ipt. Sehubungan dengan itu, amatlah besar tanggungjawab kita untuk membentuk anak anak ini supaya menjadi insan yang berjaya seperti mana rakan rakan mereka yang lain yang memang dari jenis cerdik pandai.

Disinilah perbezaan serta kekuatan kita jika dibandingkan dengan orang lain. Kita ditugaskan untuk mengasuh mereka yang kurang mempunyai harapan supaya menjadi antara insan yang berjaya dalam semua segi. Walaupon pada segi zahirnya seperti agak senang, namun hakikatnya, ianya amatlah mencabar. Segala dugaan, masalah terpaksa diserap, terpaksa di asimilasikan, terpaksa dicernakan supaya kita mampu menghasilkan suatu produk yang unggul.

Tanyalah dan lihatlah kepada bekas anak didik kita diluar sana, adakah mereka berjaya mengharungi kemelut cabaran diluar sana? Pasti ada yang jawab ya. Dan ada juga bekas anak anak didik kita yang kini lebih berjaya dari kita, lebih tersohor dari rakan rakan mereka yang sebelum ini sewaktu dizaman sekolah lebih bijak dari mereka.

Oleh itu, rakan rakan semua, janganlah kita berputus asa dalam mendidik mereka. Jadilah seorang insan tersohor yang bergelar guru mahupun pendidik atau apa jua gelaran yang diberikan. Kita pastikan legasi ini terus berkekalan demi anak bangsa kita.

In Sya Allah, setiap pengorbanan yang dicurahkan, setiap keringat yang dititiskan, setiap kata kata yang dihamburkan, hanya pada Allah jua balasan diharapkan. Itulah matlamat terakhir kita, mendapat keredhaan Illahi diatas apa jua yang kita lakukan.

Selamat Hari Guru pada seluruh pendidik. Iklas dari admin. Kami sayang anda semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s