Peperiksaan Akhir IKM dan ST

Akhirnya peperiksaan yang dinanti-nantikan telah menjelang dan segalanya telah berlalu.Tahniah diatas semua pelajar yang telah berusaha bersungguh – sungguh dalam menjawab soalan – soalan peperiksaan tersebut. Segala keputusan yang mendatang haruslah diterima dengan tabah. Sekiranya terdapat yang kecundang, jangan berputus asa, teruskan perjuangan anda. Bagi yang berjaya, jangan mudah lupakan diri. Teruskan berusaha bagi mendapat keputusan yang lebih cemerlang pada sesi yang akan datang.

Pada pelajar – pelajar semester 2 dan semester 4, selamat menjalani Latihan Industri. Selami erti kerja sebenar diluar sana. Galilah ilmu sebanyak mungkin untuk pengalaman diri anda sendiri dan jangan sekali – kali membuat onar semasa menjalani latihan. Sesungguhnya anda masih lagi tertakhluk pada undang-undang IKM.

Pada pelajar semester 6, Peperiksaan Lisan telah selesai anda semua tempuhi. Segala kudrat telah dicurahkan. Berdoalah semoga anda semua berjaya menggapai apa yang anda impikan. Teruskan menggali ilmu diluar sana. Sesungguhnya ilmu itu tiada pengakhirannya.

Bagi pihak semua staf SEP IKMSP, kami semua memohon jutaan kemaafan dan mohon dihalalkan segala makan dan minum kami sepanjang kalian berada di bumi IKMSP. Segala ilmu yang telah dicurahkan kami halalkan segalanya. Semoga kalian terus berjaya diluar sana. In Sya Allah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s