Pertandingan Rekacipta dan Inovasi 2011

Pertandingan Rekacipta dan Inovasi  peringkat IKM Sungai Petani telah di langsungkan pada 29 September yang lalu. Didalam pertandingan ini, program SKEK telah menghantar 5 penyertaan bagi mewarnai pertandingan ini.  Projek – projek yang telah dipertandingkan ialah:

1.  Portable Hand Wash – Projek yang dipertingkatkan daripada sesi yang lepas. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan bagi memantapkan lagi projek ini.

2. Penyidai baju Automatik – Juga merupakan projek yang di pertingkatkan daripada sesi yang lepas. Masih terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan supaya projek lebih sempurna.

3. Automatik car jack – Merupakan projek yang di pertingkatkan dari sesi Disember 2009.

4. Power flag – Merupakan projek yang dikemaskinikan daripada sesi Disember 2009 sehingga kini. Beberapa siri penambahbaikan telah dilakukan bagi memantapkan lagi produk ini.

5. Multipurpose Compartment – Merupakan projek baru yang di ilhamkan bagi sesi ini.

Sehingga kini, keputusan rasmi pertandingan tersebut masih belum diwar – warkan. Insya Allah akan dimaklumkan kelak.