Konvokesyen Perdana KKTM/IKM 2011

Di maklumkan kepada semua pelajar sesi Julai – Disember 2010 sehingga sesi Januari – Jun 2011 yang masih belum menduduki konvokesyen sila ambil perhatian pada makluman yang diberikan.

Majlis Konvokesyen bagi sesi yang dinyatakan diatas akan diadakan pada:

Tarikh: 17 hingga 19 September 2011 (6 Sidang).

Lokasi: Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Semua Graduan sidang 1 dan 2 diwajibkan utk menyertai raptai pada 16 Sept mulai jam 9.00 pagi. Bagi graduan sidang yang berikutnya, mereka dikehendaki menghadirkan diri pada hari berikutnya bagi tujuan pengambilan jubah dan tayangan video istiadat.

Sebarang makluman serta maklumat tentang majlis ini termasuk susunan graduan mengikut sesi dan program(kursus) boleh diperolehi melalui laman web http:// http://www.ekemahiran.edu.my

Para graduan yang akan menghadiri  Majlis tersebut dikehendaki untuk membayar yuran sebanyak RM170.00 selewat – lewatnya pada 1 MEI 2011bagi graduan sesi Julai – Disember  2010 dan bagi graduan sesi Jan – Jun 2011, Tarikh akhir pembayaran pada 1 OGOS 2011  Pembayaran hendaklah dilakukan secara Wang Tunai/Wang Pos atas nama Pengarah IKM Sungai Petani. Resit pembayaran / keratan wang Pos akan dijadikan sebagai bukti bagi membuat pinjaman Jubah.

Mana – mana graduan yang tidak dapat menghadiri Majlis Konvokesyen dikehendaki membayar sebanyak RM50.00 bagi kos folder dan juga sijil. Graduan boleh membayar yuran ini pada bila – bila masa(waktu bekerja) di kaunter IKM.

3 thoughts on “Konvokesyen Perdana KKTM/IKM 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s