Sesi Januari – Jun 2011

Sesi pengajian bagi semester Jan – Jun telah bermula pada 2hb Jan 2011.

  Seramai 18 orang pelajar baru telah pun mendaftarkan diri bagi mengikuti program kursus pada sesi ini. Pendaftaran bagi sesi ini bermula pada 27 Dis 2010. Sepanjang minggu terbabit, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai program bagi persedian mengharungi tempoh pengajian mereka.

  Namun begitu, pelajar lama dikehendaki melaporkan diri mereka pada 2hb Januari 2011. Jumlah keseluruhan pelajar bagi semester ini adalah seramai 107 org tidak termasuk pelajar yang sedang mengikuti Latihan Industri.

  Bagi sesi kali ini, 2 persiapan utama harus ditempuhi oleh pelajar iaitu Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia serta Sukan Pelajar IKM/KKTM yang berkemungkinan besar akan dijalankan pada bulan Mac ini.

  Bagi pelajar – pelajar semester 6, semoga anda semua berusaha bersungguh -sungguh untuk menghadapi peperiksaan Suruhanjaya Tenaga yang bakal akan diadakan pada bulan Jun nanti. Semoga segala jerih perih dan keringat yang ditaburkan sepanjang 3 tahun di bumi IKM Sungai Petani ini akan menuaikan hasil yang lumayan bagi anda.

  Kepada pelajar – pelajar yang lain, teruskan usaha anda untuk menggapai apa yang anda impikan selama ini. Selamat meneruskan perjuangan dan selamat berjaya….

One thought on “Sesi Januari – Jun 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s