Hari Kualiti 2010

Tanggal 10 Nov, sambutan Hari Kualiti peringkat IKM Sungai Petani telah disambut bagi memenuhi kalendar aktiviti tahunan. Pelbagai program telah diatur bagi memenuhi slot ini.

Antara program yang dijalankan ialah ceramah motivasi disamping penyampaian anugerah kepada para pengajar. Beberapa kategori telah dipertandingkan disamping anugerah yang tetap seperti anugerah Cuti Sakit Sifar serta anugerah Kualiti Bulanan bagi peringkat staf akademik dan juga bukan akademik.

Bagi anugerah Kualiti Bulanan, 3 orang pengajar SKEK telah mendominasi 3 percalonan iaitu En Suhaimi b Samat bagi bulan Febuari, En. Mohd Zaki b Ibrahim bagi bulan September dan En. Zaharudin b Johar bagi bulan Oktober.

Seramai 6 orang pengajar SKEK telah dianugerahkan dengan Anugerah Cuti Sakit Sifar. Mereka terdiri daripada En. Firdaus b Ibrahim, En. Mohd Zhahir b Othman, Tn. Hj. Mohd Fauzi b Ahmad, En. Suhaimi b Samat, En. Mohamad Noh b A. Razak serta En. Zaharudin b Johar.

Kursus SKEK juga telah memenangi anugerah Laman Web Terbaik bagi peringkat IKM Sungai Petani.

Sekalungan tahniah diucapkan kepada para pengajar yang selama ini telah berjuang untuk menaikkan nama kursus sehingga ke peringkat ini.

One thought on “Hari Kualiti 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s