Majlis Konvokesyen IKM Sungai Petani


17 Oktober 2010, satu tarikh keramat bagi pelajar – pelajar sesi Jul – Dis 2009 dan Jan – Jun 2010 kerana pada tarikh tersebut mereka telah menerima sekeping skrol membuktikan kejayaan mereka didalam menempuh alam pembelajaran mereka selama ini.

Majlis yang berbahagia tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Tn. Hj. Mansor Bin Putih selaku perasmi yang menggantikan Ketua Pengarah MARA yang terpaksa menghadiri majlis yang lain disaat – saat akhir. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan tabik hormat yang dianggotai oleh seramai 88 orang pelajar yang mewakili unit Ko Beruniform.

Pada jam 10.30 pagi, perarakan masuk oleh Ahli Senat serta Dif Kehormat menandakan bermulanya Majlis Konvokesyen kali ke 14 bagi IKM Sungai Petani. Majlis dibahagikan kepada 2 sidang dimana sidang pertama terdiri daripada pelajar – pelajar sesi Julai – Disember 2009 manakala sidang kedua terdiri daripada pelajar – pelajar sesi Januari – Jun 2010.

Bagi sidang pertama, pelajar terbaik bagi kursus Kejuruteraan Elektrik Kuasa telah jatuh kepada Ahmad Danial Bin Dahlan, manakala bagi sidang kedua, ianya dirangkul oleh Mohamad Nur Azreel Aswad Bin Ahmad.

Menjadi kebanggaan kursus apabila Saudara Ahmad Danial telah dijemput sekali lagi bagi Anugerah Pengarah, Pelajar Terbaik bagi sesi Julai – Disember 2009. Dengan di iringi keluarga tercinta, anugerah telah dikalungkan sendiri oleh yang berbahagia Tuan Pengarah IKM Sungai Petani.

Syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya membawa pulang kejayaan masing – masing. Semoga kejayaan yang diperolehi ini akan menjadi pemangkin kepada pelajar – pelajar yang lain untuk terus berusaha dan sekaligus menjulang nama keluarga dan kursus secara amnya. Tahniah!…  Tahniah!…… Tahniah!……

One thought on “Majlis Konvokesyen IKM Sungai Petani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s