Majlis Perpisahan

26 Mei, Dewan Mesra Perdana menjadi saksi majlis perpisahan kali ini. Dengan kehadiran para pengajar dan juga pihak pentadbiran maka tertutuplah edisi pentadbiran kelab bagi sesi ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada wakil setiap semester yang rata – ratanya mengucapkan dan memeberikan kata – kata perangsang buat para pelajar semester enam yang bakal akan menduduki peperiksaan Suruhanjaya Tenaga pada 7 hb Jun ini.

Namun demikian, kata – kata dari Tn. Pengarah perlu direnungkan. Kursus SKEK merupakan penanda aras bagi IKM. Kejayaan IKM Sg. Petani banyak bergantung kepada kejayaan para pelajar didalam kursus. Kejayaan bukan hanya di ukur dengan alam pendidikan, tapi ianya juga haruslah di seimbangkan dengan elemen – elemen luaran yang lain disamping yang paling penting ialah DISIPLIN.

Kepada para pelajar yang bakal membuat Latihan Industri, semoga kalian semua dilindungi sepanjang ┬átempoh latihan. Tolong jaga disiplin anda sepanjang bersama dengan syarikat masing – masing. Bagi para pelajar semester akhir, semoga kalian semua berjaya didalam exam. Sekiranya anda gagal, terimalah ianya dengan hati yang terbuka. Mungkin ada kesilapan dari pihak sendiri sehingga terjadinya perkara tersebut. Kepada pelajar – pelajar lain, teruskan usaha anda dan kekalkan keperibadian anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s