Karnival Inovasi IKM SP

Tanggal 11 Mei, satu karnival Inovasi telah dilangsungkan di Dewan Mesra Perdana, IKM Sungai Petani. Pertandingan yang mengambil masa selama dua hari ini antara lainnya bertujuan bagi menimbulkan minat pelajar untuk mendekati bidang teknologi serta merintiskan pemikiran mereka ketahap yang lebih tinggi.

Sebanyak 21 penyertaan dari pelbagai bidang telah dipertandingkan. Ianya dapat dibahagikan kepada beberapa katagori iaitu elektrik & elektronik, seni & grafik serta awam. Perasmian karnival ini telah pun dilakukan oleh Pengarah IKM Sungai Petani, Tn. Hj. Muhammad Nasir Bin Hassan. Pertandingan ini telah diadili oleh pegawai dari SIRIM Dr.Muhammad Zahid Bin Abdul Malek, Pengerusi Inovasi IKM, En. Mujahidun dan juga En. Huzaini, Timb. Pengarah (HEA) IKM SP.

Bagi Bidang Elektrik & Elektronik, sebanyak 15 projek telah dipertandingkan dan 7 daripadanya adalah dari Kursus SKEK. Bagi bidang awam, sebanyak 4 projek telah dipertandingkan manakala bagi bidang seni & grafik, sebanyak 2 projek telah dipertandingkan.

Majlis penyampaian sijil kepada pemenang telah pun disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd Jalal Bin Sardini, Timb. Pengarah (KPHP). Hadiah disediakan bagi peserta yang berjaya mendapat no 1 hingga no 4. Persaingan jelas tertumpu pada katagori Elektrik & Elektronik.

Keputusan pertandingan tersebut ialah:

Tempat Pertama: SKEI

Tempat Kedua: SKEI

Tempat Ketiga: SKEI

Tempat Keempat: SKEK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s