Pertandingan Kemahiran PUSTIKA

Satu pertandingan Kemahiran PUSTIKA antara institusi kali ke-2 bakal dianjurkan oleh pihak PUSTIKA ( Pusat Latihan KEDA) di Jalan Rimba Taqwa, Sik, Kedah. Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan iaitu Pendawaian Elektrik, Masakan, Komputer, Pembuat Pakaian Wanita, Mekanik Motor dan Jurukimpal Arka.

Pertandingan bakal dilangsungkan pada 28 hingga 29 April 2010. Tujuan asas pertandingan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar yang tidak berpeluang untuk menyertai Pertandingan Kemahiran Malaysia.

Bagi pihak IKM Sungai Petani, kursus SKEK telah menghantar dua orang wakil bagi menyertai pertandingan tersebut. Mereka terdiri daripada saudara Mohd Nur Azreel dan Mohamad Syukri daripada semester 6. Pertandingan telah mengambil masa selama dua hari iaitu pada 28hb ialah hari untuk membuat pendawaian manakala pada 29hb, projek mereka akan dinilai.

Bagi kategori Pendawaian Elektrik, seramai 15 orang peserta yang masing – masing terdiri daripada 2 orang calon ABM, 2 orang calon ILP, 2 orang calon IKM SP, 2 orang calon IKM Sik, 2 orang calon PUSTIKA, 2 orang calon SMT Kulim, 2 orang calon Perda Tech dan 1 orang calon dari Giat MARA. Diakhir pertandingan hanya 6 orang calon yang layak untuk dipertandingkan iaitu 2 dari ABM, 1 dari Giat MARA, 1 dari IKM Sik dan 2 dari IKM SP.

Setelah diadili, maka keputusan pertandingan ialah:

Tempat Pertama: ABM

Tempat Kedua: IKM Sungai Petani

Tempat Ketiga: Giat MARA.

Tahniah diatas kemenangan yang diperolehi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s