LiGa Bola Sepak Pelajar beraksi kembali……

Tahniah diucapkan kepada barisan pemain skek yang telah beraksi dengan mantap dalam permulaan  liga dengan kemenangan  bergaya kepada STBP (A) dan STRG (A).

Semoga kemenangan ini dapat memberi ajakan paradigma kepada barisan pemain hingga keperingkat akhir nanti…..

Ayuh… warga SKEK  memenuhi ruang grandstand IKMSP  bersama-sama pasukan kesayangan kita bagi memberi sokongan moral dan semangat yang  berterusan….

Keputusan Semasa

Kumpulan A:                                                     Kumpulan B:

1. vs STBP(A) : 3 – 0                                             1. vs STRG :         2 – 0

2. vs SKLS(B): 0 – 0                                              2. vs STBP (A):  0 – 0

3. vs SKEI :      2 – 1                                               3. vs SKED (B) :  0 – 0

4. vs SKSB(B): 0 – 0                                             4. vs SKLS (A) : 2 – 1

5. vs SKBN: 1 – 0                                                   5. vs SKSB (A): 3 – 0

6. vs SKED(A): 1 – 0

Kedua – dua wakil SKEK berjaya memasuki peringkat Separuh Akhir dimana SKEK ‘B’ akan bertemu pasukan SKEK ‘A’ manakala STBP akan bertemu dengan SKLS.

Dalam pertandingan separuh akhir, SKEK ‘B’ telah menewaskan SKEK ‘A’ dengan jaringan 3 – 1, manakala dalam satu lagi perlawanan telah dimenangi oleh kursus STBP.

Peringkat akhir menemukan antara SKEK ‘B’ dan STBP. Kedua- dua pasukan jelas menunjukkan mutu permainan yang memuaskan. STBP telah mendahului dengan jaringan yang menarik pada separuh masa pertama, manakala gol penyamaan dari SKEK telah diperolehi pada separuh masa kedua. Permainan menjadi sedikit tegang apabila wujudnya ketidakpuasan hati pemain diatas keputusan pengadil sehingga menyebabkan satu kad kuning telah dilayangkan kepada pemain pasukan SKEK.

Sehingga kehujung masa perlawanan, keputusan terus terikat dengan jaringan 1 – 1. Ini menyebabkan keputusan pertandingan diperolehi dengan sepakan penalti. Keputusan akhir, pasukan STBP telah berjaya merangkul kejuaraan dengan keputusan 3 – 1.

Keputusan keseluruhan:

Tempat pertama : STBP

Tempat kedua : SKEK ‘B’

Tempat ketiga : SKEK ‘A’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s