Majlis Anugerah Pelajar IKM Sungai Petani , G29 Komited

This slideshow requires JavaScript.

Alhamduliah selesai dengan jayanya tugasan team Crew Bilboard Screen LED sempena Majlis Anugerah Pelajar Sesi Jan-Jun 2017 IKM Sungai Petani  pada 19.04.2017 Rabu 8.30 pagi terima kasih kepada Jawatankuasa APAC IKM Sungai Petani dan Pengurusan IKMSP kerana memberi ruang serta pengalaman buat Generasi 29 Program SEP, semoga pengalaman ini dapat meberi impak yg berkesan buat pelajar G29 jua peningkatan penilaian kemahiran insaniah dan jatidiri.

SEP ke Pentas Final Liga Bola Sepak IKMSP

9238161213

Berpadu tenaga sokongan dan komitmen dari penyokong Ultras SEP serta pemain yg jitu program SEP layak ke pentas akhir liga Bola Sepak IKM Sungai Petani bagi Sesi Jan-Jun 2017. Tarikh 19.04.2017 (Rabu) 4.45 ptg adalah tarikh keramat samada pasukan SEP menjadi juara bagi liga kali ini atau sekadar naib juara , Pasukan Program SEP  diketuai Pengurus pasukan En.Rahimi dan diperkuatkan lagi coach berpengalaman En.Mohd Saifull Hafizzi @ lebih dikenali coach TC Bong , seteru pasukan yang ke pentas final adalah pasukan Pilihan IKMSP yang terdiri dari player utama IKMSP . Aksi yang mantop dari kedua-dua pasukan dgn berbalas serangan jua pertahanan yang kental memberi persembahan terbaik dgn menyaksikan penonton kira-kira 200 org di padang utama IKM Sungai Petani. Program SEP hanya berjaya mendapat naib juara buat edisi kali ini dan Johan adalah Pasukan Pilihan IKMSP, sokongan berterusan serta support yg terbaik dari pengurusan Kelab SEP amat dihargai begitu juga kepada pihak penganjur JK sukan dan reakreasi IKMSP serta Pengurusan IKMSP yg terus komited mengajurkan pertandingan liga bola sepak kali ini.

#berjuangsejiwamurni

Jalinan Muhibah Jabatan Elektrik Program SEP Generasi 29 bersama Mardi Serdang /MAEPS ,ACE UniKL-BMI Gombak dan TNB Hidro Elektrik Ulu Jelai Cameron Highlands.


Pada 12-14 april 2017 siri Jalinan Muhibah yang diketuai tuan Presiden Kelab SEP G29 Saudara Mohd Safwan Hadi bersama 30 orang pelajar semester akhir dan guru pengiring En.Mohd Zhahir Bin Othman , En.  Saifull Hafizzi dan En. Mohd Zaki Bin Ibrahim telah berjaya mengeratkan jalinan antara agensi luar dalam skop pembelajaran dan pengajaran (PnP)  TVET MARA, antara jalinan Muhibah yang dilakukan bagi siri ini ialah:
1) Jalinan Muhibah HQ Mardi Serdang / MAEPS Enginnering Department terima kasih Tuan  Mohd Fariza Bin Mat Noor Timbalan Pengarah Program Pengurusan Fizikal & Utiliti  Jurutera Kanan MARDI Serdang dan Ir.Mat Rahim Senior Engineer MARDI telah bersama memberi ruang perkongsian ilmu dan pengalaman dalam Sistem Intake masukan Elektrikal di MARDI Serdang /MAEPS melibatkan PE 11KV dan 33KV. Kredit buat Otai Chargeman BO 11KV Tuan Nazir.

2) Jalinan Muhibah bersama ACE UNIKL BMI , semoga dapat diteruskan demi melahirkan tenaga mahir yang berkompeten serata-rata.Jutaan Terima kasih kerana telah berkongsi infomasi jua penerangan yg jelas  berkaitan program yg dianjurkan oleh pihak ACE UNIKL -BMI buat pelajar-pelajar tahun akhir program SEP IKM Sungai Petani Generasi 29

3) Jalinan Muhibah Jabatan Elektrik Program SEP IKM Sungai Petani  bersama TNB Hidroelektrik Ulu Jelai Cameron Highlands Pahang mula menjana pada 10 ogos 2016  . Warga SEP  Generasi 29 Mencipta sejarah kerana antara rombongan lawatan rasmi  yg pertama ke Hidroelektrik Ulu Jelai berkeupayaan menjana tenaga pada sistem Grid Nasional Negara sebanyak 372MWatt .Jutaan terima kasih pada Pengurus Besar Stesen-stesen Hidroelektrik di Cameron Highlands dan Team Operation Hidro Ulu Jelai , Semoga jalinan usahasama ini dapat diteruskan demi memertabatkan barisan kompeten elektrik negara yang akan datang dengan penuh “Berilmu ,Komited ,Cemerlang ” dalam arus perdana kemahiran negara.

Setinggi-tinggi penghargaan jua kepada pihak pengurusan IKM Sungai Petani kerana terus memberi sokongan dan kerjasama serta bantuan kepada kelab SEP dalam segala program yang dianjurkan.

Sekian, jazakallah

#demiTVETMARA

Selamat Datang Pelajar PSME G2  intake April 2017 IKM Sungai Petani

Sesi pendaftaran bagi pelajar program separuh masa elektrik  (PSME )telah berlangsung pada 9 April 2017 bermula pukul 10.00 pagi di Makmal Elektrik Bangunan SEP IKM Sungai Petani. Seramai 26 orang calon dari sekitar utara tanah air termasuk calon dari pulau langkawi hadir pada sesi pendaftaran, bagi calon dari kategori Pendawai (PW2) seramai 10 orang manakala calon dari Penjaga Jentera AO dan A1 seramai 16 orang. Taklimat PnP, Peraturan,keselamatan dan Jadual pembelajaran telah disampaikan oleh Tuan Mohd Nasir Bin Osman Ketua Jabatan Elektrik IKM Sungai Petani dengan di bantu oleh En.Suhaimi , En. Rahimi dan En Saiffull Hafizzi .Seluruh Warga IKMSP dan Jabatan Elektrik  berbangga kepada calon PSME  kerana terus komited dalam memajukan kompetensi diri jua kerjaya demi masa depan yang gemilang. Kelas bakal bermula 16 April 2017.

#memertabatkankompetensielektrikseratarata

Team Technical dan Unit Promosi PSME/ PSH kini di Perkarangan Stadium Darul Aman

Karnival Skills Malaysia Zon Utara akan bermula esok 06.04.2017 hingga 09.04.2017 di perkarangan Stadium Darul Aman  pelbagai aktiviti jua pertandingan kemahiran dianjurkan oleh pihak urusetia. Warga SEP juga terlibat secara tidak langsung dalam karnival ini melibatkan team technical standby electrical yang di ketua En Mohd Zhahir othman ,En Mohd Nasir jusoh bersama 4 0rang Pelajar , manakala team unit promosi PSME /PSH di ketuai en . shazmeer dgn  2orang pelajar. Datang lah beramai-ramai ke booth yang disediakan bagi mendekati bidang kemahiran @TVET   yang kini menjadi landasan serta plaform yang terbaik.. demi menjamin masa depan yang lebih gemilang sejajar dgn hasrat  TVET Negara.

Ekspidisi Program SEP tawan Gunung Baling..546 Meter

Pada 31hb.o3.2017  Jumaat seramai 15 org di ketuai Presiden Kelab SEP Saudara Safwan Hadi telah berjaya menawan Gunung Baling  sekitar pukul 8.30 pagi di puncak mengambil masa 2jam , gunung baling adalah salah satu gunung yang menjadi tarikan dan keindahan yg amat menarik serta indah di timur negeri  kedah . Aspek keselamatan diutamakan dan berkalan ubat-ubatan serta bekalan makan jua diambil kira bagi  ekspidisi kali ini ,bagi menjamin langkah awalan samada sebelum semasa dan selepas dengan di bantu oleh malim gunung… “Abg Man “ sebagai pemandu arah.. Bendera Kelab SEP berkibar megah  di puncak tertinggi di daerah Baling dengan ketinggian 546 meter dari aras laut. Semoga dgn aktiviti kelab ini dapat mengeratkan silaturahim antara ahli dan melahirkan modal insan yang aktif jua trampil sejajar dengan latihan TVET MARA,Tahinah diucapkan.

Siap siaga Minggu Aktiviti Jan-Jun 2017 demi kelangsungan kecemerlangan legasi terdahulu.

G29

Seperti tradisi penyerahan baju kelab SEP kepada Tuan Pengarah menandakan bakal berlangsungnya Minggu Aktiviti di IKM Sungai Petani, Kali ini Presiden Kelab SEP Generasi 29 Saudara Mohd Safwan menyerahkan baju t-shrit rasmi Kelab ala  maroon koperat SEP kepada Tuan Haji Nuriman Bin Yusop Pengarah IKM Sungai Petani sebagai tanda kenangan dan sokongan yang berterusan dari pihak pengurusan IKM Sungai Petani buat Kelab SEP IKM Sungai Petani selama ini . Minggu Aktiviti IKM Sungai Petani bakal berlangsung pada  19-23.03.2017, pelbagai program jua pertandingan bakal diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara Warga Campus IKM Sungai Petani ( Staf & Pelajar). Semoga kecemerlangan terdahulu bakal diterjemaahkan sekali lagi buat Minggu Aktiviti kali ini, Selamat Maju Jaya !!! Program SEP terbaik serata-rata.

#programsepkomitedmingguaktiviti2017